Benefits of practicing IELTS with our free tests

  • Get familiar with the IELTS test format

  • Test yourself and get used to real test time conditions

  • Experience tasks similar to test tasks

  • Review your answers by comparing to model answers

Paparan ringkas tentang ujian Membaca IELTS Akademik

Ujian Membaca Akademik mengandungi tiga teks panjang yang termasuk teks berbentuk deskriptif dan berdasarkan fakta, diskursif dan analitis. Teks yang diberi adalah sahih dan diambil daripada buku, jurnal, majalah dan surat khabar. Ia dipilih untuk audiens bukan pakar tetapi sesuai untuk mereka yang akan menghadiri kursus di universiti atau ingin memperoleh pendaftaran profesional. 

Penerangan ringkas tentang ujian Penulisan IELTS Akademik

Tempoh: 60 minit

Ujian Penulisan IELTS Akademik terdiri daripada dua tugasan. Topik dalam tugasan ini berkaitan dengan bidang pengetahuan am dan sesuai untuk calon ujian yang akan melanjutkan pendidikan tahap siswa dan pascasiswazah atau mereka yang ingin memperoleh pendaftaran profesional. Respons/Jawapan kepada kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dengan gaya formal. 

Tugasan 1  

Anda akan diberikan graf, jadual, carta atau gambar rajah dan diminta untuk menerangkan, meringkaskan atau menjelaskan maklumat menggunakan kata-kata anda sendiri. Anda mungkin diminta untuk menerangkan dan menyampaikan data, menerangkan peringkat-peringkat dalam sesuatu proses, cara sesuatu berfungsi atau memberi penjelasan tentang sesuatu objek, pelan atau reka bentuk.  

Tugasan 2  

Anda akan diminta untuk menulis karangan sebagai respons terhadap sesuatu pendapat, hujah atau masalah. Anda akan menyokong hujah anda dengan contoh yang relevan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda sendiri. 

Penerangan ringkas ujian Penulisan Latihan Am

Tempoh: 60 minit  

Ujian Penulisan Latihan Am mengandungi dua tugasan yang berdasarkan topik pengetahuan am.  

Tugasan 1  

Anda akan diberikan satu situasi dan dikehendaki untuk menulis surat yang meminta maklumat atau menjelaskan keadaan. Gaya penulisan surat itu mungkin berbentuk peribadi, separa formal atau formal.  

Tugasan 2  

Anda akan diminta untuk menulis karangan sebagai respons terhadap sesuatu pendapat, hujah atau masalah. Gaya penulisan karangan anda boleh berbentuk lebih peribadi berbanding tugasan ujian Penulisan Akademik. Anda akan menyokong hujah anda dengan contoh yang relevan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda sendiri. 

Gambaran ringkas ujian Membaca IELTS Latihan Am

Dalam ujian Membaca Latihan Am, anda dikehendaki membaca petikan dari buku, majalah, surat khabar, notis, iklan, buku panduan dan garis panduan syarikat. Ini ialah bahan-bahan yang mungkin anda jumpa setiap hari dalam persekitaran berbahasa Inggeris. Ujian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian 1 yang mengandungi dua hingga tiga teks pendek, Bahagian 2 yang mengandungi dua teks dan Bahagian 3 yang mengandungi satu teks yang lebih panjang. 

Penerangan ringkas tentang ujian Mendengar IELTS

Tempoh: 30 minit 

Ujian Mendengar adalah sama untuk kedua-dua ujian Akademik IELTS dan ujian Latihan Am IELTS. Anda perlu menjawab 40 soalan sebagai respons kepada empat rakaman. 

Anda akan mendengar empat rakaman yang merupakan gabungan monolog dan perbualan daripada beberapa penutur asli dan anda hanya dibenarkan mendengar setiap rakaman sekali. Terdapat 10 soalan untuk setiap bahagian ujian Mendengar.  

Soalan-soalan ini menguji kemampuan anda untuk memahami: 

  • Idea utama dan maklumat fakta terperinci 

  • Pendapat dan sikap penutur 

  • Tujuan sesuatu kata-kata yang diucapkan 

  • Keupayaan untuk mengikuti perkembangan idea. 

Butiran bahagian ujian Mendengar: 

Rakaman 1   Perbualan antara dua orang dalam konteks sosial harian.  

Rakaman 2   Monolog dalam konteks sosial harian, misalnya ucapan mengenai kemudahan tempatan.  

Rakaman 3   Perbualan antara dua hingga empat orang dalam konteks pendidikan atau latihan, misalnya perbincangan antara tenaga pengajar universiti dan pelajar tentang sesuatu tugasan.  

Rakaman 4   Monolog mengenai subjek akademik, contohnya syarahan universiti. 

Penerangan ringkas ujian Pertuturan IELTS

Tempoh: 11 - 14 minit  

Ujian Pertuturan akan menilai penggunaan Bahasa Inggeris lisan anda. Anda akan membincangkan pelbagai topik dengan pemeriksa IELTS dalam ujian selama 11-14 minit ini. Ujian akan dijalankan di bilik yang senyap dengan seorang pemeriksa yang akan mendorong anda untuk terus bercakap. Tidak seperti ujian AI, pemeriksa IELTS dapat membantu membuat anda berasa tenang dan yakin. Mereka juga dapat memahami aksen anda untuk memastikan anda memperoleh markah terbaik yang mungkin. Ujian Pertuturan terdiri daripada tiga bahagian.  

Bahagian 1  

Pemeriksa akan mengajukan soalan am mengenai diri anda dan pelbagai topik biasa seperti rumah, keluarga, pekerjaan, pendidikan serta minat. Bahagian ini mengambil masa antara 4-5 minit.  

Bahagian 2  

Anda akan diberi kad tugasan dan pemeriksa akan meminta anda membincangkan sebuah topik. Anda diberi masa 1 minit untuk membuat persiapan. Kemudian, anda dikehendaki membincangkan topik itu selama tidak lebih dari 2 minit. Seterusnya, pemeriksa akan bertanya satu atau dua soalan mengenai topik yang sama sebelum mengakhiri bahagian ujian ini.  

Bahagian 3

Anda akan ditanya soalan lanjut berkaitan dengan topik dalam Bahagian 2. Soalan-soalan ini akan membolehkan anda membincangkan idea dan isu yang lebih abstrak. Bahagian ujian ini mengambil masa antara 4-5 minit.