Loading...

Penerangan ringkas tentang ujian Mendengar IELTS

Tempoh: 30 minit 

Ujian Mendengar adalah sama untuk kedua-dua ujian Akademik IELTS dan ujian Latihan Am IELTS. Anda perlu menjawab 40 soalan sebagai respons kepada empat rakaman. 

Anda akan mendengar empat rakaman yang merupakan gabungan monolog dan perbualan daripada beberapa penutur asli dan anda hanya dibenarkan mendengar setiap rakaman sekali. Terdapat 10 soalan untuk setiap bahagian ujian Mendengar.  

Soalan-soalan ini menguji kemampuan anda untuk memahami: 

  • Idea utama dan maklumat fakta terperinci 

  • Pendapat dan sikap penutur 

  • Tujuan sesuatu kata-kata yang diucapkan 

  • Keupayaan untuk mengikuti perkembangan idea. 

Butiran bahagian ujian Mendengar: 

Rakaman 1   Perbualan antara dua orang dalam konteks sosial harian.  

Rakaman 2   Monolog dalam konteks sosial harian, misalnya ucapan mengenai kemudahan tempatan.  

Rakaman 3   Perbualan antara dua hingga empat orang dalam konteks pendidikan atau latihan, misalnya perbincangan antara tenaga pengajar universiti dan pelajar tentang sesuatu tugasan.  

Rakaman 4   Monolog mengenai subjek akademik, contohnya syarahan universiti. 

Soalan pelbagai pilihan

Soalan pelbagai pilihan boleh dijawab dengan satu jawapan yang betul atau lebih daripada satu jawapan yang betul. Baca soalan dengan teliti untuk memastikan bilangan jawapan yang diperlukan.  

Dalam soalan pelbagai pilihan yang meminta anda memilih satu jawapan yang betul (A, B atau C), anda akan diberikan: 

  • satu soalan yang diikuti dengan tiga kemungkinan jawapan 

  • permulaan ayat diikuti dengan tiga cara yang mungkin untuk melengkapkan ayat tersebut. 

Dalam soalan pelbagai pilihan yang meminta anda memilih lebih daripada satu jawapan yang betul, kemungkinan jawapan yang diberikan adalah lebih banyak dan anda akan diberitahu untuk memilih lebih daripada satu jawapan.  

Soalan pelbagai pilihan digunakan untuk menguji pelbagai kemahiran. Anda mungkin dikehendaki untuk memahami poin-poin tertentu secara terperinci atau mempunyai pemahaman secara menyeluruh tentang poin-poin utama teks ujian mendengar itu.

Contoh soalan: Soalan pelbagai pilihan

Soalan padanan

Anda dikehendaki memadankan senarai item bernombor yang anda dengar dalam audio ujian mendengar dengan satu set pilihan pada kertas soalan. Set pilihan itu mungkin merupakan sejenis kriteria. 

Soalan padanan menilai kemahiran mendengar untuk mendapatkan maklumat. Ia juga menilai jika anda dapat memahami maklumat yang diberikan dalam perbualan mengenai topik harian seperti mengenal pasti pelbagai jenis penginapan hotel atau rumah tumpangan. Di samping itu, ia juga menilai kemampuan anda mengikuti perbualan antara dua orang. Soalan padanan juga dapat digunakan untuk menilai kemampuan anda mengenali hubungan dan kaitan antara fakta dalam teks ujian mendengar.